Wednesday, May 30, 2012

PENDAFTARAN TABUNG HAJI UNTUK ANAK

Hari ini ada sikit mood nak update blog.. Tukar sikit layout dan tajuk blog. Then teringat semalam ada buat pendaftaran haji untuk anak-anak di pejabat TH Batu Caves. Insyaallah mereka digilirkan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 2049. 37 tahun lagi! Mudah-mudahan Allah memberikan rezeki dan rahmatNya untuk menjemput mereka sebagai tetamuNya lebih awal dari itu..

Kami suami isteri telah mendaftar pada tahun 2009 lalu. Kalau mengikut giliran, insyaalah kami digilirkan pada tahun 2024. Perbezaan yang agak ketara untuk kami dan anak-anak. Mungkin sudah lebih ramai orang Islam yang berkemampuan, jadi bilangan yang mendaftar semakin bertambah ramai. Macam kata pegawai TH, bayaran haji hingga mencecah RM100k pun ramai yang sanggup! Tambahan lagi, kerajaan memperkenalkan skim pendaftaran dengan caruman KWSP. Kalau ada sahabat yang belum mendaftar, cubalah cepat-cepat mendaftar di TH yang berhampiran.

Buat masa ini, kami dah mengemukakan rayuan agar dapat mengerjakan haji pada tahun ini.. tapi tak tau lah kalau dapat pergi ke tidak. Semuanya kami serah pada Allah SWT. Kalau dia hendak menerima kami sebagai tetamuNya, sampailah hajat hendak mengerjakan haji pada tahun ini.

Wednesday, June 02, 2010

Masalah Perundangan Berkaitan Tanah

Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, kami rasa agak tertekan... Bayangkanlah bila mana anda telah tinggal di rumah yang anda telah beli, dibayar dengan titik peluh sendiri, tiba-tiba datang seseorang mengatakan yang tanah itu masih miliknya dan rumah yang kami beli dibina atas tanahnya tanpa kebenaran. Bagaimana mungkin boleh tanpa kebenaran bila ada perjanjian jualbeli bagi tanah tersebut? Kenapa setelah 6 tahun baru kata tak beri kebenaran? Kenapa boleh dikata penipuan sedangkan dia sendiri turunkan tandatangannya?

Walau macam mana sekali pun, kami akan tetap mempertahankan hak kami...

Begitulah dunia... kadang kala kita didatangkan dengan cubaan yang sedikit untuk memberikan peringatan bahawasanya apa yang kita ada di dunia ini semua milik Allah SWT... kerana itu doa selepas tasyahud akhir mungkin berkaitan di mana dalam doa itu kita memohon perlindunganNya dari fitnah kehidupan...

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMu daripada Al-Masih Dajjal".

Monday, February 01, 2010

Pemergian Allahyarham Amirudin Sarni


29012010 Jam 6.50 pm, adinda tersayang, Amirudin Sarni telah dipanggil menghadap Allah SWT. Arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya di susur keluar ke Setia Alam di lebuhraya NKVE. Motorsikal yang beliau naiki telah melanggar belakang lori berhenti yang tidak ditandakan. Waktu kejadian, ada saksi yang mengatakan hujan begitu lebat. Begitulah kehendak Allah SWT. Apabila telah sampai masanya ajal manusia ini, akan diturunkan asbab. Bila arwah sudah pergi, barulah kita perasan akan perubahan arwah. Alhamdulillah, perubahan arwah sangat baik. 100 hari terakhirnya arwah begitu mendekatkan diri dengan Allah SWT. Mudah-mudahan Allah mengampunkan segala dosanya. Mudah-mudahan segala amalan baiknya itu akan memberatkan timbangannya di masyhar nanti. Mudah-mudahan juga amalan itu akan menerangkan alam kubur dan diberikan Allah pengampunan dan dilepaskan dari siksaan kubur. Semoga Allah SWT akan menempatkan allhyarham di kalangan umat yang dapat minum dari telaga kausar dan memperoleh syafaat Nabi Muhammad SAW. Insya allah, kami sekeluarga akan cuba membela nasib isterinya serta Syareez yang berumur 2+ tahun. Begitu juga anak yang di dalam kandungan. Sememangnya ajal tetap akan datang, tidak lewat mahupun awal barang sesaat. Ya Allah! Limpahilah keampunanmu, izinkanlah naunganMu dan masuklah arwah ke dalam syurga. Al Fatihah.

Wednesday, November 18, 2009

A VERY LONG TIME...



Well true enough... it has been veryyyyy longggg since I last updated this blog.

We had moved out from our old house in Selayang Baru. Sold off the house, got a little bit extra and invest it in our new home. We now stay in Sungai Buloh. Bought the house in Mid 2007 and moved in 1st January 2008.

Husna had grown up to a lovely 4 year-old girl AND I HAVE A SON!!! Muhammad Arman Nazmy was born on 9th September 2009 (090909)....by c-section procedure at Damansara Damai Medical Center. Thanks to Dr. Kamal and staff. Had a scare though... warded him for jaundice when he was 2 weeks old.. Melayang la dekat RM2k...

He is two months old now and we had an aqiqah function last weekend (15.11.2009). Goat was expensive. Was quoted RM800 a goat. For two goats, I have to fork out RM1600 excluding upah lapah. Opted for a small cow at RM1850. Total with upah lapah and process to small pieces for caterer came up to RM2250. But at least can also aqiqah myself and a few nieces and nephews. A few of my old college friends came to the function... Alhamdulillah everything was fine and according to plan. Rain didn't came until late at night although the day before it was raining heavily.. Thanks to Wak Din :-)...


Thursday, March 01, 2007

ALMOST A YEAR


It has been almost a year since I last post a blog. Life had been very hectic with business not being so good. But with the uptrend in Malaysia's economy, business is picking up. I just hope that it's all real with no manipulation of whatsoever. This is especially true with the upcoming general election. Meanwhile, Husna has really grown up! She had started to walk almost 3 months ago. The sisters, Nayli and Nurin are both attending school and we got a new maid. Ita passed her government officer competency test. My sister gave birth to a baby boy last December.

Tuesday, April 04, 2006

What a day to start with....


After a tiring weekend with relatives coming by visiting, and a hectic Monday to start the week, I was looking forward to a slow paced Tuesday. Woke up for a Subuh prayer and took time to read an unfinished book titled See You At The Top by Zig Zieglar. Coming into my second paragraph, Husna woke up... Since the mother had gone out to school (she's a teacher), I gave up reading to be with Husna... Remembered about her new toy that we bought last night. It seems that her two sisters were also excited about it!

Monday, April 03, 2006

My First Blog


Actually, after seeing all those blogs by the others, I thought it would be wonderful to have my own blog. However, after setting up the blog site, I can't seem to find things to write. So I'll just post a picture for a start. Seen here is The Love of My Life - my three daughters : Nayli Fatini, Nurin Hayani and Nur Husna Sabrina. Husna is "botak" after her cukur jambul ceremony on 18th March 2006 in Kuala Kangsar, Perak.